Norman Rockwell
Norman Rockwell

Norman Rockwell

Norman Percevel Rockwell (3 Februari 1894 - 8 November 1978) ialah seorang pelukis dan pengilustrasi Amerika Syarikat. Beliau menghasilkan lebih daripada 4,000 karya asli sepanjang hayatnya, beliau khususnya paling terkenal dengan ilustrasi gamabaran sampingan kehidupan seharian untuk majalah The Saturday Evening Post selama hampir lima dekad.[1] Beliau turut diberi kerja mengilustrasi lebih dari 40 buku serta melukis potret negarawan terkenal dari dalam (termasuk D. Eisenhower, J. F. Kennedy, L. Johnson) dan luar negaranya (termasuk Gamal Abdel Nasser dan Jawaharlal Nehru) serta selebriti dunia.Lukisan-lukisan beliau banyak mengkhusus mengenai gaya hidup dan ciri kebudayaan unik dalam negara tersebut. Banyak karya ini dipandang ringan pengulas-pengulas seni serius tidak sahaja semasa hayatnya[2] tetapi juga dalam kalangan pengkritik moden[3] kerana semangat dibawa karya-karya ini yang cenderung ke arah gambaran gaya hidup Amerika Syarikat yang idealis atau sentimental bahkan juga seakan mewah dan serba biasa. Namun begitu, beliau akhirnya mendapat perhatian ramai dalam penyentuhan isu topikal yang penting dalam negara tersebut pada senja usianya seperti gerakan yang menuntut hak sama rata serta mewujudkan perpaduan antara bangsa-bangsa kulit putih dan kulit hitam Amerika Syarikat.[4]

Rujukan

WikiPedia: Norman Rockwell http://gogd.tjs-labs.com/gallery-view?illustrator=... http://www.vanityfair.com/culture/features/2008/02... http://www.massmoments.org/moment.cfm?mid=13 http://www.nrm.org http://www.nrm.org/about-2/about-norman-rockwell/ http://www.patriotspoint.org/news_events/norman-ro... https://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=94... https://www.nytimes.com/2010/07/04/arts/design/04r... https://www.vox.com/the-highlight/2020/2/19/210523... https://archive.org/details/normanrockwellpi00henn